NuffnangAds

Wednesday 13 November 2013

Campak-Campak..

Holla...

Ish..ish... lamanya aku tak update..
Nak kata busy tue tak ada la sangat..
tapi kekangan masa tue membataskan jari untuk menaip..
perghh.. ayat tak leh bla..kekekek

so untuk entry hari nie, kita cite masak-masak la yea..dah lama berhajat nak share resepi masak-masak di rumah..tapi macam malu pon ada jugak..yea la aku nie budak baru nk up dalam dunia masakan nie..hahaha.....jadi bila nak share tue macam ragu-ragu je resepi aku nie betul ke idak kan...

dlu aku tinggal dengan maksu..bila kitorg nak balik kampung, maksu selalu cakap menu terbaik untuk menghabiskan stok lauk pauk di rumah adalah dengan memasak tomyam..semalam balik kerja kepala ligat berpikir nak masak apa untuk dinner...and tetiba teringat stok sayur-sayuran banyak dlm fridge..jadi aku pon mengambil keputusan untuk membuat tomyam...dan ternyata senang gila kot nak buat tomyam nie..kekekeke

Resepi Tom Yam Simple :
  • Isi dan tulang tulangan ayam yang dipotong kecil
  • 3 ulas bawang putih - diketuk
  • 1 ulas bawang besar - mayang kasar
  • 3 biji cili api - diketuk
  • lobak merah
  • baby corn
  • kubis 
  • serai - diketuk
  • daun limau purut
  • kiub tomyam knor
  • Sedikit minyak masak untuk menumis
  • Perahan limau nipis
  • Air
  • Sedikit garam
Cara Memasak :
  • Panaskan minyak, kemudian tumis bawang putih sehingga naik bau.
  • Masukkan isi dan tulang ayam kemudian balik-balikkan sehingga separuh masak dan kemudian masukkan serai yang telah diketuk.
  • Apabila sudah berbau wangi, masukkan air sehingga isi dan tulang ayam tenggelam atau pon mengikut citarasa masing. Kalau nak kuah banyak masukkan la air banyak yea.
  • Masukkan kiub tomyam knor. Mengikut cadangan pada kotak kiub knor tue, utk 500ml air boleh menggunakan 1 kiub sahaja. Tapi memandangkan aku tak sukat air, aku guna 2 kiub tomyam tue. Actually penggunaan kiub nie pon bergantung pada selera masing-masing. Kalau korang suka kuah yang pekat, boleh guna banyak kiub. Dan kalau suka kuah yang cair, minima kan penggunaan kiub.
  • Apabila kiub dah larut dan air mula mendidih, masukkan cili api, lobak merah, baby corn, kubis dan daun limau purut.
  • Kemudian masukkan bawang yang dimayam dan perahan air limau nipis mengikut kemasaman yang korang suka
  • Masukkan sedikit garam secukup rasa. Actually kiub tomyam itself dah masin. Tapi kalau korg guna kiub sikit, mungkin perlu tambah garam.
  • Biarkan kuah terus mendidih sehingga sayur-sayuran lembut mengikut selera dan kesukaan masing-masing.
  • Siap !!!
Tomyam Simple Campak-Campak

Korang boleh kalau nak masukkan tomato, bunga kubis, cendawan dan apa-apa sayuran yang korang suka. As mentioned kan, aku buat tomyam nie sebab betul-betul menggunakan barang-barang yang ada dlm fridge :p so banyak la sayur-sayuran yang tertinggal…
    Menu orang tak berapa nak bujang :p
    Makan kat rumah memang lagi sedap dan puas hati. Yang paling penting..jimattttttt..
    Selamat Mencuba resepi aku yang tak seberapa nie :p
    poiuytre~

No comments:

Post a Comment