NuffnangAds

Tuesday, 10 December 2013

Resepi Siput Sedut Masak Lemak Simple

Holla~~

Wahh..lamanya rasa tak menaip kat sini.. Maklumlah, banjir besar kat Kemaman dan Kuantan.. Blog pon terpaksa la berehat sekejap :p

So, hari nie aku nak share kan resepi masak lemak siput sedut. Actually, aku masak nie dah lama.. Masa adik-adik aku datang rumah lebih kurang dua minggu lepas.. Tapi tak sempat plak nak share kat sini..

Mari lah kita lihat resepinya.

Siput Sedut Masak Lemak Simple :

Bahan - bahan
  1. Siput Sedut - Dikerat pada bahagian belakang yang muncung tue dan dibersihkan
  2. Santan
  3. 2 batang serai - dititik
  4. 2,3 keping asam keping 
  5. Garam
  6. Sedikit Ajinamoto
Bahan - Bahan untuk diblender or ditumbuk
  1. 4 ulas bawang kecil
  2. 3 ulas bawang putih
  3. 3 biji cili api
  4. 1 biji cili besar
  5. 1 inci kunyit hidup
Cara - Cara
  1. Masukan siput, santan dan bahan-bahan yang telah ditumbuk tadi di dalam periuk
  2. Dengan api yang sederhana, kacau siput secara perlahan-lahan agar tidak pecah minyak.
  3. Masukkan garam, ajinamoto, asam keping dan serai.
  4. Kacau sehingga santan mendidih dan siput betul - betul masak.
  5. Seimbangkan rasa mengikut selera.
  6. Siap utk dihidangkan.
tadaaaaaa!! aku pon 1st time cuba nie..hikhikhik
Actually, aku nk tambahkan daun kunyit, tapi lupa nak beli...ada jugak org masak dengan pucuk paku, pucuk manis dan keladi..tapi sebab aku nk pure rasa siput tue.. jadi aku masak siput semata-mata... Memang nikmat sgt menyedutnya...

Selamat Mencuba !!

1 comment: